ALU-ALUAN
KETUA PENOLONG PENGARAH
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI JOHOR
Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh
Selamat
Sejahtera dan Salam satu Malaysia
Pertamanya
dipanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor telah
diberi kepercayaan oleh Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian
Pelajaran Malaysia. untuk mengelolakan Program KIK yang julung kalinya di
Peringkat Kebangsaan.
Saya bagi
pihak seluruh warga Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor dan warga
pendidikan keseluruhannya mengucapkan selamat datang kepada peserta-perserta KIK
dari seluruh negara. Negeri Johor
sentiasa mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan.
Sewajarnya
Program Konvensyen KIK ini diharapkan dapat menjadi jambatan bagi mengeratkan
persaudaraan, menjadi platform bagi peningkatan ilmu dan seterusnya akan menjadi
pengukur kejayaan secara bersama.
Inovasi
sentiasa menjadi perkara utama dalam menambahbaik pengurusan pekerjaan kita setiap hari. Dan ia
menjadi lambang kemajuan seseorang dalam mengharungi alam pekerjaan dan alam
kehidupan. Saya berkeyakinan tinggi
inovasi ini akan sentiasa menjadi motivasi terbaik dalam mengharungi pengalaman
baru dan input-input baru bagi penambahbaikan apa yang telah menjadi rutin kita
selama ini. Program ini diharapkan dapat
membantu meningkatkan kualiti kerja seluruh warga BTP dan BTPN seluruh
Malaysia. Justeru program ini sangat
membantu kepada semua warga Bahagian Teknologi Pendidikan khasnya dan warga
pendidikan pada amnya.
Akhirnya, selamat
berjuang dan selamat maju jaya. Kepada
yang berjaya syabas dan tahniah dan manakala yang kurang berjaya cuba dan cuba
lagi.
HJ. ISHAK BIN MAHBOB
KETUA PENOLONG PENGARAH
BAHAGIAN TEKNOLOGI
PENDIDIKAN NEGERI JOHOR
.jpg)
No comments:
Post a Comment