Berikut adalah keputusan akhir pertandingan:
Persembahan Terbaik
Pasukan J'Smart dari BTPN Johor
Pembentang Terbaik
Tn Hj Wan Mohd Zuhaidi b Wan Hassan dari BTPN Terengganu
Inovasi Terbaik
Pasukan BBrains dari BTPN Selangor
Johan KIK
Pasukan J'Smart BTPN Johor
Naib Johan
Pasukan ARUS BTPN Kedah
Ketiga
Pasukan i-Tech BTPN Negeri Sembilan
Blog Maklumat Semasa Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia 2012 “KIK Melonjak Transformasi Pendidikan Negara”
Cari di Blog Ini
Wednesday 21 November 2012
Tuesday 20 November 2012
Sepintas Lalu: Sesi Pendaftaran Peserta, 19 November 2012
Suasana ceria semasa sesi pendaftaran peserta di hari pertama Konvensyen KIK BTP KPM di Hotel New York, Johor Bahru.
Penyerahan Bahan KIK BTP KPM 2012
Atas permintaan Yg Berbahagia Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan KPM agar Ketua Pasukan setiap pasukan yang bertanding untuk menyerahkan bahan inovasi dan kreatif yang dipertandingkan dalam bentuk "softcopy" kepada Urusetia Pertandingan.
Monday 19 November 2012
Aturcara Majlis Perasmian Penutup Konvensyen KIK BTP KPM 2012
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP
|
Majlis Perasmian Penutup
Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
|
|
Tarikh |
21 November 2012
| |
|
Dewan Ballroom, Tingkat 23
Hotel New York, Johor Bahru
|
|
11.00 pagi |
Ketibaan
YBhg. Pn. Rosnani binti Mohamed Ali
Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
|
|
|
Nyanyian Lagu Bangsa Johor
Lagu BTP Kementerian Pelajaran Malaysia
|
|
|
Bacaan Doa
|
|
|
Ucapan Aluan
Tn. Hj. Ishak bin Mahbob
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan
Negeri Johor
|
|
|
Persembahan multimedia
|
|
|
Ulasan Hakim Pertandingan dan Penyampaian Keputusan
Pertandingan KIK
|
|
|
Ucapan Perasmian Penutup
YBhg. Pn. Rosnani binti Mohamed Ali
Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
|
|
|
Pengumuman Keputusan dan
Penyampaian sijil serta cenderamata
|
|
|
Nyanyian lagu Negaraku
|
|
1.00 tgh |
Jamuan dan bersurai
|
Raptai Majlis Penutup Konvensyen KIK BTP KPM 2012
Raptai penuh majlis penutup Konvensyen KIK BTP KPM 2012 akan diadakan pada malam ini Selasa, 20 November 2012 jam 10.30 malam.
Mohon makluman dan tindakan Ahli-ahli Jawatankuasa serta Ketua Pasukan negeri-negeri yang terlibat.
Kata-Kata Aluan Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan KPM
KATA
ALU-ALUAN
PENGARAH
BAHAGIAN
TEKNOLOGI PENDIDIKAN,
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Selamat Sejahtera
dan Salam Satu Malaysia.
Sekalung tahniah kepada Bahagian
Teknologi Pendidikan Negeri Johor dan warganya kerana menyahut cabaran dalam
mengelolakan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Bahagian Teknologi
Pendidikan Tahun 2012 untuk julung kalinya.
Pemilihan tema “ KIK Melonjak
Transformasi Pendidikan Negara” adalah amat releven dan bertepatan dengan
Program Transformasi Kerajaan iaitu membudayakan kreativiti dan inovasi sebagai
salah satu nilai asas penting yang perlu ada dalam usaha kita mencapai status
negara maju yang berdaya saing dan berpendapatan tinggi menjelang tahun
2020. Strategi Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 juga bermatlamat untuk memupuk kreativiti
dan inovasi bagi membangunkan potensi individu secara holistik dan bersepadu
bagi menghasilkan generasi muda cemerlang pada peringkat antarabangsa dan
berupaya menghadapi cabaran abad ke-21.
Penganjuran Konvensyen Inovatif dan
Kreatif (KIK) Bahagian Teknologi Pendidikan ini diharap dapat menjadi penanda
aras dan pelantar bagi menyemarakkan lagi budaya inovasi dalam kalangan warga
BTP dan rangkaian. Selain itu,
konvensyen seperti ini memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada komitmen
dan dedikasi yang telah ditunjukkan oleh pasukan-pasukan yang bertanding dalam
mencetus keunikan penciptaan inovasi terkini bagi penambahbaikan sistem
penyampaian kerajaan.
Akhirnya, saya mengucapkan jutaan tahniah
dan setinggi penghargaan kepada semua peserta yang terlibat, AJK Pengelola dan
mereka yang telah memberi sokongan moral atau material. Selamat maju jaya.
PN. ROSNANI BINTI MOHAMED ALI
Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Kata-Kata Aluan Ketua Penolong Pengarah BTPN Johor
ALU-ALUAN
KETUA PENOLONG PENGARAH
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI JOHOR
Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh
Selamat
Sejahtera dan Salam satu Malaysia
Pertamanya
dipanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor telah
diberi kepercayaan oleh Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian
Pelajaran Malaysia. untuk mengelolakan Program KIK yang julung kalinya di
Peringkat Kebangsaan.
Saya bagi
pihak seluruh warga Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor dan warga
pendidikan keseluruhannya mengucapkan selamat datang kepada peserta-perserta KIK
dari seluruh negara. Negeri Johor
sentiasa mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan.
Sewajarnya
Program Konvensyen KIK ini diharapkan dapat menjadi jambatan bagi mengeratkan
persaudaraan, menjadi platform bagi peningkatan ilmu dan seterusnya akan menjadi
pengukur kejayaan secara bersama.
Inovasi
sentiasa menjadi perkara utama dalam menambahbaik pengurusan pekerjaan kita setiap hari. Dan ia
menjadi lambang kemajuan seseorang dalam mengharungi alam pekerjaan dan alam
kehidupan. Saya berkeyakinan tinggi
inovasi ini akan sentiasa menjadi motivasi terbaik dalam mengharungi pengalaman
baru dan input-input baru bagi penambahbaikan apa yang telah menjadi rutin kita
selama ini. Program ini diharapkan dapat
membantu meningkatkan kualiti kerja seluruh warga BTP dan BTPN seluruh
Malaysia. Justeru program ini sangat
membantu kepada semua warga Bahagian Teknologi Pendidikan khasnya dan warga
pendidikan pada amnya.
Akhirnya, selamat
berjuang dan selamat maju jaya. Kepada
yang berjaya syabas dan tahniah dan manakala yang kurang berjaya cuba dan cuba
lagi.
HJ. ISHAK BIN MAHBOB
KETUA PENOLONG PENGARAH
BAHAGIAN TEKNOLOGI
PENDIDIKAN NEGERI JOHOR
Undian Giliran Persembahan KIK BTP KPM 2012
Berikut adalah giliran persembahan peserta pertandingan KIK :
Sesi 1 : 19/11/2012, 8.30 malam
1. Terengganu
2. Johor
3. Sarawak
Sesi 2 : 20/11/2012, 8.30 pagi
4. WP Kuala Lumpur
5. Selangor
6. Melaka
Sesi 3: 20/11/2012 10.30 pagi
7. Perak
8. Sabah
9. Kelantan
Sesi 4 20/11/2012, 2.30 ptg
10. Perlis
11. Pahang
12. Negeri Sembilan
13. Pulau Pinang
Sesi 5 20/11/2012. 8.30 malam
14. BTP KPM
15. Kedah
Sunday 18 November 2012
Koordinat Untuk Pengguna GPS
Kepada para pengguna GPS, koordinat untuk menuju ke Hotel New York, Johor Bahru adalah seperti berikut:
1°28'44"N 103°45'39"E
Semoga anda selamat tiba ke destinasi. Hubungi pegawai-pegawai yang tertera pada blog ini untuk mendapatkan maklumat ke lokasi.
Laporan Trafik Terkini
Kepada para peserta dan pasukan Konvensyen KIK BTP KPM yang sedang menuju ke Bandaraya Johor Bahru boleh melayari portal Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di pautan http://llmtrafik.gov.my/traffic.aspx untuk mengetahui keadaan trafik terkini.
Selamat datang ke Johor Bahru, selamat menuju destinasi dan selamat berjuang dalam Konvensyen KIK BTP KPM 2012.
Senarai Penuh Pasukan KIK dan Tajuk Bahan Inovasi Yang Dipertandingkan
Senarai penuh pasukan yang akan bertanding dalam Konvensyen KIK BTP KPM Kali Pertama Tahun 2012. bermula 19 hingga 21 November 2012 di Hotel New York, Johor Bahru, Johor.
Pasukan KIK BTPN Negeri Johor "J'Smart"
Pasukan "J'Smart" yang mewakili BTPN Negeri Johor dalam pertandingan KIK kali ini menghasilkan bahan inovasi bertajuk "myABCD : Aplikasi Buku Catatan Digital".
Saturday 17 November 2012
Makluman Penting Untuk Ketua Pasukan KIK BTP KPM 2012
Satu sesi taklimat kepada para peserta, hakim dan sesi undian giliran persembahan pembentangan akan diadakan pada hari Isnin, 19 November 2012 jam 3.00 petang di Hotel New York, Johor Bahru. Makluman bilik taklimat akan dinyatakan semasa sesi pendaftaran.
Laman Web Rasmi Hotel New York, Johor Bahru
Alamat rasmi lokasi penginapan para peserta Konvensyen KIK BTP KPM di Hotel New York Johor Bahru di pautan: http://www.newyorkhotel.com.my/
Pihak pengurusan hotel boleh dihubungi menerusi alamat dan nombor talian berikut:
No. 22 Jalan Dato’ Abdullah Tahir 80300 Johor Bahru, Johor Tel : (607) 331 1588
Fax : (607) 331 8588 Email : nyhotel@newyorkhotel.com.my
Pasukan BTP KPM
Pasukan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia menghulur cabaran hebat untuk mengungguli pertandingan KIK Kali Pertama ini dengan tajuk "IVT-BTP".
Pasukan ini di anggotai oleh Tn Hj Mohd Haliza b Mohd Adnan, En Zulkefli b Muhammad, En Mohd Nor b Asmawi, En Ahmad bin Sudin, En Mazreemie b Zainal Abidin, En Ramli b Basir, Pn Norhayati bt Mohd Bakri, En Mohd Firdaus b Ab. Gapar, Cik Nur Shuhada bt Abdul Malek dan Pn Aminah bt Mutalib.
Pasukan Wilayah Persekutuan Labuan
Bersandarkan kontingen kecil tetapi ampuh, Pasukan Wilayah Persekutuan Labuan menamakan kumpulan KIKnya sebagai "Belurih" dengan tajuk inovasi "e-Belurih".
Pasukan ini diwakili oleh En Ag. Marten b Hj Abd Rahman, Tn Hj Zulkefly b S Jamaludin, En Ardain b Abdullah, Pn Ainita bt Dinsin, Pn Rawinah bt Sinwah dan Pn Maria bt Aliamat.
Pasukan Negeri Kelantan
Berbekalkan semangat The Red Warriors, pasukan Negeri Kelantan membawa cabaran hebat dengan tajuk "Sistem Pengurusan Kad Harta Modal (KEW-PA 2)" untuk Konvensyen KIK kali pertama ini.
BTPN Negeri Kelantan menyandarkan harapan tinggi kepada pasukan yang terdiri dari En Zaidi b Kassim, En Zakaria b Hassan, En Lokman b Ishak, En Zulkifli b Zakaria, En Iskandar Zulkarnain b Abd Rahman, En Mohd Asri b Abdullah, En Mohamad b Robuna, En Noor Azman b Mohd Noor, En Kasman b Hussin dan Pn Nor Azfa Halida bt Awang.
Pasukan Negeri Perlis
Pasukan BTPN Perlis menghantar cabaran dari Kumpulan "HEMOI" yang menampilkan tajuk "Kaunter Pendaftaran Kendiri".
Pasukan HEMOI terdiri dari En Ahmad Zahir b Saad, En Zamzuri b Ghazali, En Mohamed Fuat b Md Noor, En Mohd Fuard b Kasri, En Abd Rahim b Othman, En Ismail b Ahmad, En Mohd Taufik b Mat Sauki, Pn Sharifah Munir bt Syed Ramidzi, Pn Habibah bt Abdul Hamid dan En Helmi b Desa.
Pasukan Negeri Kedah
Pasukan "ARUS" mewakili BTPN Negeri Kedah mengemukakan tajuk "Aplikasi Rujukan Untuk Semua" sebagai cabaran untuk menghadapi pasukan dari negeri-negeri lain.
Ahli-ahli pasukan terdiri dari En Addnan b Abd Hamid, En Zahari b Awang, Pn Zabidah bt Salleh, En Junaidi b Jamaludin, En Hilmi b Hashim, En Nooralam b Osman, En Ahmad Yani b Ghazali, En Mohd Yusoff b Walat, En Mohd Farid b Mohd Fuad Ooi dan En Musa b Ismail.
Pasukan Negeri Pulau Pinang
Pasukan dari BTPN Pulau Mutiara mengutarakan penyertaan bertajuk " Sistem e-Instrumen Pemantauan Makmal Komputer Sekolah (e-Maks)" yang akan dipamerkan oleh Kumpulan "ZeQ".
Pasukan ini diwakili oleh En Salim b Sharif, YM Tengku Zakaria b Tengku Jusoh, En Muhammad Fauzi b Shaari, En Rosli b Hashim, En Ahmad Fauzi b Komari, En Mohd Dazrin b Danial, Pn Nurul Ashikin bt Abdul Rashid, En Adidi Faizal b Awang, En Syafik Asraf b Haris dan En Ahmad Fahmie b Abdullah.
Pasukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Mempertaruhkan tajuk inovasi "Green Tech Computing" pasukan BTPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dianggotai oleh Pn Noorayni bt Othman, En Abdul Hamid b Abdullah, Pn Haslizah bt Jibin, En Mohd Fakruddin b Musa, En Zabidi b Ismail, En Abdul Moeis b Shukor, En Mohd Khairizal b Baharuddin, En Khairul Nizam b Hamidun dan En Mohd Salehan bin Ismail.
Pasukan Negeri Sembilan
"PC +, Inovasi Peralatan Yang Rosak dan Terbuang" adalah tajuk bahan inovasi dari pasukan "I-TECH" yang mewakili BTPN Negeri Sembilan.
Anggota pasukan diwakili oleh En Mat Azalan b Budin, En Rahimi b Rahim, En Farizal b Mohd Nasir, En Mohd Shafiq b Abdullah, En Mohamad Zulkamal b Hashim, Pn Noor Aliyah bt Mansor, En Shahrulrizam b Ibrahim, En Mohd Khairi Asri b Hassan, En Mohd Safwan b Roslan, Pn Syelatul Emma bt Mohamad Zahari dan En Khairun Nisa b Abu Zairin.
Pasukan Negeri Melaka
Penyertaan BTPN Negeri Melaka dibawa oleh pasukan "iTCare" menerusi tajuk inovasi "Kelewatan Penyelenggaraan Peralatan ICT Melalui Support Ticketing System (STS) di Sekolah".
Peserta-peserta yang mewakili BTPN Negeri Melaka ialah En Nor Hashim b Hj Hasan, En Syaharum b Abdullah, En Rosidi b Umar, En Kamarul Anuar b Ali, Pn Zanariah bt Ali, En Yusri b Suib dan En Amir b Abdul Rasid.
Pasukan Negeri Johor
Selaku tuan rumah, pasukan BTPN Johor menggalas cabaran dan harapan di bahu pasukan "J-Smart"
yang mengemukakan tajuk inovasi "myABCD: Aplikasi Buku Catatan Digital".
Pasukan ini dianggotai oleh En Mesri b Sanip, En Aziz b Atan, En Zairol Hisham b Abd Hamid, En Abdul Aziz b Hj Said, En Md Zan b Abu Bakar, En Mohd Amir b Jaafar, En Abd Rahman b Md Amin, En Azhari b Suboh, En Mohd Noor Hafiz b Zakaria dan En Noremy b Rasip.
Pasukan Negeri Perak
Negeri Perak diwakili oleh pasukan "SETTLE" iaitu akronim kepada State Education Technology Electronic Enviroment. Bahan inovasi kumpulan ini yang bakal dipertandingkan bertajuk "Tempoh Pelaksanaan Maklumat Daripada Unit Promosi, Inovasi dan Media Mengambil Masa Yang Panjang".
Pasukan ini diwakili oleh En Shaharuddin b Yusof, En Abd Manaf b Hj Ibrahim, En Ahmat Fuat b Shuib, En Mohd Noor Beg b Abd Ghani, En Muhammad Faisal b Mustapa, En Megat Fuadd Red b Megat Zainuddi, En Megat Mohd Redzuan b Megat Noh, Pn Haslinda bt Jamaludin, En Norihan bt Mat Rashid dan Tn Mohd Nordin b Tn Abdullah.
Friday 16 November 2012
Persembahan, Penilaian dan Pemarkahan KIK
Persembahan
1. Semua kumpulan dikehendaki bersiap sedia 10 minit lebih awal dari masa yang telah ditetapkan dalam Jadual Persembahan KIK.
2. Masa 5 minit akan diberikan untuk memasang peralatan oleh kumpulan.
3. Montaj yang tidak melebihi 3 minit dibenarkan (Markah penalti akan dikenakan jika melebihi masa tersebut).
Penilaian dan Pemarkahan
1. Persembahan setiap kumpulan yang mengambil bahagian di Konvensyen akan dinilai berdasarkan lapan (8) kriteria seperti yang berikut:
(i) Pengenalan
(ii) Pemilihan Projek
(iii) Penjelasan Projek
(iv) Penggunaan Kaedah/ Alat Kawalan Kualiti/ Alat Kreativiti
(v) Tindakan Pembetulan/ Penambahbaikan dan Pelaksanaan yang Kreatif dan Inovatif
(vi) Pencapaian Hasil Projek
(vii) Tindakan Penyeragaman
(viii) Penilaian Kumpulan
(ix) Persembahan Projek
2. Setiap kumpulan akan diberikan 20 minit untuk membuat persembahan. Loceng permulaan akan dibunyikan bila 18 minit dan loceng kedua setelah 20 minit.
3. Markah tidak akan diberikan selepas tempoh 20 minit berakhir.
4. Sesi soal jawab oleh Panel Penilai adalah selama 10 minit.
5. Keputusan Panel Penilai adalah muktamad.
Syarat-syarat Pertandingan KIK
Syarat-syarat Pertandingan:
1. Penyertaan adalah dibuka kepada semua Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dari semua Sektor BTP dan BTPN .
2. Kumpulan yang mengambil bahagian adalah merupakan kumpulan yang telah mempersembahkan projek mereka kepada pihak pengurusan di Sektor / Jabatan masing-masing.
3. Pencalonan menyertai Konvensyen hendaklah dikemukakan melalui Sektor / Bahagian masing-masing kepada Urus Setia Konvensyen KIK.
4. Bilangan maksima ahli-ahli bagi setiap KIK yang mengambil bahagian di dalam Konvensyen KIK KPKT 2010 dihadkan kepada 10 orang termasuk ketua kumpulan.
5. Urus Setia berhak menolak penyertaan dari mana-mana kumpulan KIK yang tidak layak berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Keputusan pemilihan kumpulan-kumpulan untuk menyertai Konvensyen oleh Urus Setia adalah muktamad.
6. Keputusan Panel Penilai Konvensyen KIK BTPN 2012 terhadap penilaian projek kumpulan adalah muktamad.
Tujuan dan Objektif Program KIK
TUJUAN
Melaksanakan Program Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) di jabatan / agensi masing-masing
OBJEKTIF
Objektif KIK adalah untuk menambahbaik dan meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja khususnya dalam sistem penyampaian perkhidmatan pelanggan melalui:
Melaksanakan Program Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) di jabatan / agensi masing-masing
OBJEKTIF
Objektif KIK adalah untuk menambahbaik dan meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja khususnya dalam sistem penyampaian perkhidmatan pelanggan melalui:
- Keupayaan mencipta cara bekerja baru atau menghasilkan inovasi
- Kebolehan menyelesaikan masalah atau membuat penambahbaikan kerja
- Semangat bekerja secara berpasukan
- Penyemaian dan penerapan nilai serta etika kerja positif
- Penglibatan dan peningkatan komitmen terhadap kerja
- Dorongan kerja yang tinggi
- Kesedaran mengenai tanggungjawab terhadap diri sendiri, kumpulan, organisasi dan Negara.
- Penggalakan penghasilan idea-idea yang inovatif dan kreatif
- Pengwujudan hubungan yang harmoni di antara pihak pengurusan dan pekerja
Jadual Konvensyen KIK BTP KPM 2012
Dipaparkan jadual rasmi Konvensyen KIK BTP KPM 2012 sebagai panduan para peserta, delegasi dan penonton.
Pegawai Pengurusan Peserta Konvensyen KIK BTP KPM 2012
Pegawai-pegawai BTPN Johor yang boleh dihubungi untuk pengurusan peserta konvensyen:
1. En. Azizan bin A. Razak (Urus setia) : 012-7729311
2. Tn. Sayid Hassan bin Sayid Jafar (Pengangkutan) : 012-7005627
3. Pn. Helen Song (Penginapan Hotel) 017-7775222
4. Datin Nor’ain binti Abdullah (Penginapan Asrama BTPN Johor) : 012-7146862
5. Pn. Mardiana binti Maskim @ Abdullah (Asrama BTPN Johor) : 017-6294732
6. En. Mohd Arif bin Ibrahim (Pemandu) : 019-7950969
1. En. Azizan bin A. Razak (Urus setia) : 012-7729311
2. Tn. Sayid Hassan bin Sayid Jafar (Pengangkutan) : 012-7005627
3. Pn. Helen Song (Penginapan Hotel) 017-7775222
4. Datin Nor’ain binti Abdullah (Penginapan Asrama BTPN Johor) : 012-7146862
5. Pn. Mardiana binti Maskim @ Abdullah (Asrama BTPN Johor) : 017-6294732
6. En. Mohd Arif bin Ibrahim (Pemandu) : 019-7950969
16 Pasukan Mengesahkan Penyertaan Dalam Konvensyen KIK BTP KPM 2012
Sebanyak 16 buah pasukan mempersembahkan 16 bahan inovasi dan kreatif masing-masing mewakili kesemua Bahagian Teknologi Pendiikan Negeri serta Wilayah Persekutuan dan penyertaan istimewa dari Bahagian Teknologi Pendidikan KPM.
Konvensyen yang julung-julung kali diadakan di Johor ini akan membuka gelanggang pada hari Isnin, 19 November 2012 jam 8.00 malam.bertempat di Ballroom Hotel New York, Johor Bahru. Saingan sengit yang dijangkakan akan merancakkan lagi kehangatan konvensyen kali ini.
Thursday 15 November 2012
Pasukan Negeri Sabah
Pasukan yang dinamakan "BTPN Sabah" mewakili Bahagian Teknologi Negeri Sabah menghasilkan inovasi bertajuk "Digital Story Telling (DST)".
Pasukan ini diwakili oleh En Muliyan b Doto, En Salleh b Linggam, En Azmy b Hj Ahmad, En Chua Guan Chee, En Bonis b Malisin@Mustafa, En Jibran@Mohd Azlan b. Umpai, En Jally b. Losod, En Rusmawati bt Husin, Pn Fransica Sylvester dan Pn Nooriah bt Salim.
Pasukan Negeri Selangor
Pasukan dari Negeri Selangor menghantar penyertaan bertajuk "SeMoS" (School Emel Management Of Selangor) diwakili oleh kumpulan yang dinamakan "BbrainsS".
Peserta-peserta yang mewakili Negeri Selangor ialah Pn Nik Asma bt Nik Ahmad, Pn Rusita bt Sahari, En Misnan b Maswan, Pn Nur Syariza bt Zainal Abidin, En Abd Wahi b Wahid, En Munir b Mat Yaub, En. Muhammad Hanif b Harun, En Muhamad Sharulnizam b Latif, En Mohd Jayadi b Mohamed Jalil dan Pn Norkhalida b Abd Hadi.
Pelan Lantai Konvensyen KIK di Hotel New York, Johor Bahru
Pelan lantai semasa Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif di Hotel New York pada 19 hingga 21 November 2012.
Pasukan BTPN Sarawak
Tajuk inovasi yang membawa cabaran dari Bumi Kenyalang ialah "i-REG" dan diwakili oleh pasukan yang diberi nama "Kenyalang".
Peserta-peserta dari pasukan "Kenyalang" ialah En Horald Unsie Liban, En Ubok Linggoh, En Mohd Meeraj b Abd Rahman, En Ismail b Wasli, Agnesis Cany Kuma, Wan Noorhafizan bt Mohd Zain, En Peter Boniface Chandan, En Nazrul Hisham b Saim dan En Kenneth Armold Julong.
Pasukan BTPN Pahang
Pasukan KIK Negeri Pahang menamakan kumpulan KIK yang mewakilinya sebagai "SPAI-Team" membawa cabaran dengan tajuk inovasi "Sistem Pengurusan Aset ICT (SPAI)".
Pasukan negeri Pahang diwakili oleh Hj Jonaidi b. Osman, Hjh Norizan bt Hj Ismail, En Mohd Nordin b. Yusof, Tn Hj Kamaruzaman b, Ismail, Tn Hj. BAdaluddin b. Jusoh, En Rashdan b. Hj Ashaary, Tn Hj Abdullah b. Abd Karim, Tn Hj Abdul Mua'ais b Hj Lokman, En Mohamad Nasir b Mat Tahir dan En Lokman b. Alias.
Pasukan BTPN Terengganu
Pasukan "My ISO" mewakili BTPN Negeri Terengganu mempertaruhkan inovasi bertajuk "i-Nilai (Sistem Maklumbalas Kursus).
Dianggotai oleh En Yusma Yusof, Tn Hj Wan Mohd Zuhaidi b Wan Hassan, En Azmi Senik, Pn Noraihan bt Mohamed, En Azmi b Isa, Pn Syuhairah bt Mohamed Sani, En Imran b Mat Ali, En El Gamillo b Habibun Tan, En Amir bin Hamzah dan En Tarmizi b Che Min.
Tuesday 13 November 2012
Hotel New York Johor Bahru : Lokasi Konvensyen KIK BTP KPM 2012
Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif BTP KPM bakal berlangsung di Hotel New York, Johor Bahru, Johor pada 19 hingga 21 November 2012.
Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif BTP KPM 2012
Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia akan diadakan pada 19 hingga 21 November 2012 bertempat di Hotel New York, Johor Bahru. Ini adalah kali pertama konvensyen seumpamanya diadakan dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor telah diberi penghormatan selaku tuan rumah bagi penganjuran kali ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)