Cari di Blog Ini

Monday 19 November 2012

Kata-Kata Aluan Ketua Penolong Pengarah BTPN Johor


ALU-ALUAN
KETUA PENOLONG PENGARAH
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Selamat Sejahtera dan Salam satu Malaysia
Pertamanya dipanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT  kerana Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor telah diberi kepercayaan oleh Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. untuk mengelolakan Program KIK yang julung kalinya di Peringkat Kebangsaan.
Saya bagi pihak seluruh warga Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor dan warga pendidikan keseluruhannya mengucapkan selamat datang kepada peserta-perserta KIK dari seluruh negara.  Negeri Johor sentiasa mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan.

Sewajarnya Program Konvensyen KIK ini diharapkan dapat menjadi jambatan bagi mengeratkan persaudaraan, menjadi platform bagi peningkatan ilmu dan seterusnya akan menjadi pengukur kejayaan secara bersama.

Inovasi sentiasa menjadi perkara utama dalam menambahbaik pengurusan pekerjaan kita setiap hari.  Dan ia menjadi lambang kemajuan seseorang dalam mengharungi alam pekerjaan dan alam kehidupan.  Saya berkeyakinan tinggi inovasi ini akan sentiasa menjadi motivasi terbaik dalam mengharungi pengalaman baru dan input-input baru bagi penambahbaikan apa yang telah menjadi rutin kita selama ini.  Program ini diharapkan dapat membantu meningkatkan kualiti kerja seluruh warga BTP dan BTPN seluruh Malaysia.  Justeru program ini sangat membantu kepada semua warga Bahagian Teknologi Pendidikan khasnya dan warga pendidikan pada amnya.

Akhirnya, selamat berjuang dan selamat maju jaya.  Kepada yang berjaya syabas dan tahniah dan manakala yang kurang berjaya cuba dan cuba lagi.

HJ. ISHAK BIN MAHBOB
KETUA PENOLONG PENGARAH
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

No comments:

Post a Comment