Cari di Blog Ini

Monday 19 November 2012

Kata-Kata Aluan Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan KPM

KATA ALU-ALUAN
PENGARAH
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN,
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Selamat Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.

Sekalung tahniah kepada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor dan warganya kerana menyahut cabaran dalam mengelolakan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Bahagian Teknologi Pendidikan Tahun 2012 untuk julung kalinya.

Pemilihan tema “ KIK Melonjak Transformasi Pendidikan Negara” adalah amat releven dan bertepatan dengan Program Transformasi Kerajaan iaitu membudayakan kreativiti dan inovasi sebagai salah satu nilai asas penting yang perlu ada dalam usaha kita mencapai status negara maju yang berdaya saing dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.  Strategi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 juga bermatlamat untuk memupuk kreativiti dan inovasi bagi membangunkan potensi individu secara holistik dan bersepadu bagi menghasilkan generasi muda cemerlang pada peringkat antarabangsa dan berupaya menghadapi cabaran abad ke-21.

Penganjuran Konvensyen Inovatif dan Kreatif (KIK) Bahagian Teknologi Pendidikan ini diharap dapat menjadi penanda aras dan pelantar bagi menyemarakkan lagi budaya inovasi dalam kalangan warga BTP dan rangkaian.  Selain itu, konvensyen seperti ini memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada komitmen dan dedikasi yang telah ditunjukkan oleh pasukan-pasukan yang bertanding dalam mencetus keunikan penciptaan inovasi terkini bagi penambahbaikan sistem penyampaian kerajaan.

Akhirnya, saya mengucapkan jutaan tahniah dan setinggi penghargaan kepada semua peserta yang terlibat, AJK Pengelola dan mereka yang telah memberi sokongan moral atau material.  Selamat maju jaya.

PN. ROSNANI BINTI MOHAMED ALI
Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia

No comments:

Post a Comment