Cari di Blog Ini

Wednesday 21 November 2012

Keputusan Akhir Pertandingan KIK BTP KPM 2012

Berikut adalah keputusan akhir pertandingan:

Persembahan Terbaik
Pasukan J'Smart dari BTPN Johor

Pembentang Terbaik
Tn Hj Wan Mohd Zuhaidi b Wan Hassan dari BTPN Terengganu

Inovasi Terbaik
Pasukan BBrains dari BTPN Selangor

Johan KIK
Pasukan J'Smart BTPN Johor

Naib Johan
Pasukan ARUS BTPN Kedah

Ketiga
Pasukan i-Tech BTPN Negeri Sembilan

Tuesday 20 November 2012

Sepintas Lalu: Sesi Pendaftaran Peserta, 19 November 2012

Suasana ceria semasa sesi pendaftaran peserta di hari pertama Konvensyen KIK BTP KPM di Hotel New York, Johor Bahru.

Penyerahan Bahan KIK BTP KPM 2012

Atas permintaan Yg Berbahagia Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan KPM agar Ketua Pasukan setiap pasukan  yang bertanding untuk menyerahkan bahan inovasi dan kreatif yang dipertandingkan dalam bentuk "softcopy" kepada Urusetia Pertandingan.

Monday 19 November 2012

Aturcara Majlis Perasmian Penutup Konvensyen KIK BTP KPM 2012


   MAJLIS PERASMIAN PENUTUP 

Majlis Perasmian Penutup
Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
  Tarikh

21 November 2012

   Tempat


Dewan Ballroom, Tingkat 23
Hotel New York, Johor Bahru

  11.00 pagi

Ketibaan
YBhg.  Pn.  Rosnani binti  Mohamed Ali
Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia


Nyanyian Lagu Bangsa Johor
Lagu BTP Kementerian Pelajaran Malaysia



Bacaan Doa



Ucapan Aluan
Tn. Hj. Ishak bin Mahbob
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan
Negeri Johor


Persembahan multimedia


Ulasan Hakim Pertandingan dan Penyampaian Keputusan Pertandingan KIK


Ucapan Perasmian Penutup
YBhg. Pn. Rosnani binti Mohamed  Ali
Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia


Pengumuman Keputusan dan
Penyampaian sijil serta cenderamata



Nyanyian lagu Negaraku

1.00 tgh

Jamuan dan bersurai

 

Raptai Majlis Penutup Konvensyen KIK BTP KPM 2012

Raptai penuh majlis penutup Konvensyen KIK BTP KPM 2012 akan diadakan pada malam ini Selasa, 20 November 2012 jam 10.30 malam.

Mohon makluman dan tindakan Ahli-ahli Jawatankuasa serta Ketua Pasukan negeri-negeri yang terlibat.

Kata-Kata Aluan Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan KPM

KATA ALU-ALUAN
PENGARAH
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN,
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Selamat Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.

Sekalung tahniah kepada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor dan warganya kerana menyahut cabaran dalam mengelolakan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Bahagian Teknologi Pendidikan Tahun 2012 untuk julung kalinya.

Pemilihan tema “ KIK Melonjak Transformasi Pendidikan Negara” adalah amat releven dan bertepatan dengan Program Transformasi Kerajaan iaitu membudayakan kreativiti dan inovasi sebagai salah satu nilai asas penting yang perlu ada dalam usaha kita mencapai status negara maju yang berdaya saing dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.  Strategi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 juga bermatlamat untuk memupuk kreativiti dan inovasi bagi membangunkan potensi individu secara holistik dan bersepadu bagi menghasilkan generasi muda cemerlang pada peringkat antarabangsa dan berupaya menghadapi cabaran abad ke-21.

Penganjuran Konvensyen Inovatif dan Kreatif (KIK) Bahagian Teknologi Pendidikan ini diharap dapat menjadi penanda aras dan pelantar bagi menyemarakkan lagi budaya inovasi dalam kalangan warga BTP dan rangkaian.  Selain itu, konvensyen seperti ini memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada komitmen dan dedikasi yang telah ditunjukkan oleh pasukan-pasukan yang bertanding dalam mencetus keunikan penciptaan inovasi terkini bagi penambahbaikan sistem penyampaian kerajaan.

Akhirnya, saya mengucapkan jutaan tahniah dan setinggi penghargaan kepada semua peserta yang terlibat, AJK Pengelola dan mereka yang telah memberi sokongan moral atau material.  Selamat maju jaya.

PN. ROSNANI BINTI MOHAMED ALI
Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia

Kata-Kata Aluan Ketua Penolong Pengarah BTPN Johor


ALU-ALUAN
KETUA PENOLONG PENGARAH
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Selamat Sejahtera dan Salam satu Malaysia
Pertamanya dipanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT  kerana Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor telah diberi kepercayaan oleh Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. untuk mengelolakan Program KIK yang julung kalinya di Peringkat Kebangsaan.
Saya bagi pihak seluruh warga Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor dan warga pendidikan keseluruhannya mengucapkan selamat datang kepada peserta-perserta KIK dari seluruh negara.  Negeri Johor sentiasa mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan.

Sewajarnya Program Konvensyen KIK ini diharapkan dapat menjadi jambatan bagi mengeratkan persaudaraan, menjadi platform bagi peningkatan ilmu dan seterusnya akan menjadi pengukur kejayaan secara bersama.

Inovasi sentiasa menjadi perkara utama dalam menambahbaik pengurusan pekerjaan kita setiap hari.  Dan ia menjadi lambang kemajuan seseorang dalam mengharungi alam pekerjaan dan alam kehidupan.  Saya berkeyakinan tinggi inovasi ini akan sentiasa menjadi motivasi terbaik dalam mengharungi pengalaman baru dan input-input baru bagi penambahbaikan apa yang telah menjadi rutin kita selama ini.  Program ini diharapkan dapat membantu meningkatkan kualiti kerja seluruh warga BTP dan BTPN seluruh Malaysia.  Justeru program ini sangat membantu kepada semua warga Bahagian Teknologi Pendidikan khasnya dan warga pendidikan pada amnya.

Akhirnya, selamat berjuang dan selamat maju jaya.  Kepada yang berjaya syabas dan tahniah dan manakala yang kurang berjaya cuba dan cuba lagi.

HJ. ISHAK BIN MAHBOB
KETUA PENOLONG PENGARAH
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

Undian Giliran Persembahan KIK BTP KPM 2012

Berikut adalah giliran persembahan peserta pertandingan KIK :

Sesi 1 : 19/11/2012,  8.30 malam
1. Terengganu
2. Johor
3. Sarawak

Sesi 2 : 20/11/2012, 8.30 pagi
4. WP Kuala Lumpur
5. Selangor
6. Melaka

Sesi 3: 20/11/2012 10.30 pagi
7. Perak
8. Sabah
9. Kelantan

Sesi 4 20/11/2012, 2.30 ptg
10. Perlis
11. Pahang
12. Negeri Sembilan
13. Pulau Pinang

Sesi 5 20/11/2012. 8.30 malam
14. BTP KPM
15. Kedah


Sunday 18 November 2012

Koordinat Untuk Pengguna GPS


Kepada para pengguna GPS, koordinat untuk menuju ke Hotel New York, Johor Bahru adalah seperti berikut:
1°28'44"N   103°45'39"E

Semoga anda selamat tiba ke destinasi. Hubungi pegawai-pegawai yang tertera pada blog ini untuk mendapatkan maklumat ke lokasi.

Laporan Trafik Terkini


Kepada para peserta dan pasukan Konvensyen KIK BTP KPM yang sedang menuju ke Bandaraya Johor Bahru boleh melayari portal Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di pautan http://llmtrafik.gov.my/traffic.aspx untuk mengetahui keadaan trafik terkini.

Selamat datang ke Johor Bahru, selamat menuju destinasi dan selamat berjuang dalam Konvensyen KIK BTP KPM 2012.

Senarai Penuh Pasukan KIK dan Tajuk Bahan Inovasi Yang Dipertandingkan

Senarai penuh pasukan yang akan bertanding dalam Konvensyen KIK BTP KPM Kali Pertama Tahun 2012. bermula 19 hingga 21 November 2012 di Hotel New York, Johor Bahru, Johor.

Pasukan KIK BTPN Negeri Johor "J'Smart"

 
Pasukan "J'Smart" yang mewakili BTPN Negeri Johor dalam pertandingan KIK kali ini menghasilkan bahan inovasi bertajuk "myABCD : Aplikasi Buku Catatan Digital".

Saturday 17 November 2012

Makluman Penting Untuk Ketua Pasukan KIK BTP KPM 2012

Satu sesi taklimat kepada para peserta, hakim dan  sesi undian giliran persembahan pembentangan  akan diadakan pada hari Isnin, 19 November 2012 jam 3.00 petang di Hotel New York, Johor Bahru. Makluman bilik taklimat akan dinyatakan semasa sesi pendaftaran.

Laman Web Rasmi Hotel New York, Johor Bahru


Alamat rasmi lokasi penginapan para peserta Konvensyen KIK BTP KPM di Hotel New York Johor Bahru di pautan: http://www.newyorkhotel.com.my/


Pihak pengurusan hotel boleh dihubungi menerusi alamat dan nombor talian berikut:

No. 22 Jalan Dato’ Abdullah Tahir 80300 Johor Bahru, Johor Tel : (607) 331 1588 
Fax : (607) 331 8588 Email : nyhotel@newyorkhotel.com.my


Pasukan BTP KPM















Pasukan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia menghulur cabaran hebat untuk mengungguli pertandingan KIK Kali Pertama ini dengan tajuk "IVT-BTP".


Pasukan ini di anggotai oleh Tn Hj Mohd Haliza b Mohd Adnan, En Zulkefli b Muhammad, En Mohd Nor b Asmawi, En Ahmad bin Sudin, En Mazreemie b Zainal Abidin, En Ramli b Basir, Pn Norhayati bt Mohd Bakri, En Mohd Firdaus b Ab. Gapar, Cik Nur Shuhada bt Abdul Malek dan Pn Aminah bt Mutalib.

Pasukan Wilayah Persekutuan Labuan










Bersandarkan kontingen kecil tetapi ampuh, Pasukan Wilayah Persekutuan Labuan menamakan kumpulan KIKnya sebagai "Belurih" dengan tajuk inovasi "e-Belurih".

Pasukan ini diwakili oleh En Ag. Marten b Hj Abd Rahman, Tn Hj Zulkefly b S Jamaludin, En Ardain b Abdullah, Pn Ainita bt Dinsin, Pn Rawinah bt Sinwah dan Pn Maria bt Aliamat.

Pasukan Negeri Kelantan








Berbekalkan semangat The Red Warriors, pasukan Negeri Kelantan membawa cabaran hebat dengan tajuk "Sistem Pengurusan Kad Harta Modal (KEW-PA 2)" untuk Konvensyen KIK kali pertama ini.

BTPN Negeri Kelantan menyandarkan harapan tinggi kepada pasukan yang terdiri dari En Zaidi b Kassim, En Zakaria b Hassan, En Lokman b Ishak, En Zulkifli b Zakaria, En Iskandar Zulkarnain b Abd Rahman, En Mohd Asri b Abdullah, En Mohamad b Robuna, En Noor Azman b Mohd Noor, En Kasman b Hussin dan Pn Nor Azfa Halida bt Awang.

Pasukan Negeri Perlis










Pasukan BTPN  Perlis menghantar cabaran dari Kumpulan "HEMOI" yang menampilkan tajuk "Kaunter Pendaftaran Kendiri".


Pasukan HEMOI terdiri dari En Ahmad Zahir b Saad, En Zamzuri b Ghazali, En Mohamed Fuat b Md Noor, En Mohd Fuard b Kasri, En Abd Rahim b Othman, En Ismail b Ahmad, En Mohd Taufik b Mat Sauki, Pn Sharifah Munir bt Syed Ramidzi, Pn Habibah bt Abdul Hamid dan En Helmi b Desa.

Pasukan Negeri Kedah







Pasukan "ARUS" mewakili BTPN Negeri Kedah mengemukakan tajuk "Aplikasi Rujukan Untuk Semua" sebagai cabaran  untuk menghadapi pasukan dari negeri-negeri lain.

Ahli-ahli pasukan terdiri dari En Addnan b Abd Hamid, En Zahari b Awang, Pn Zabidah bt Salleh, En Junaidi b Jamaludin, En Hilmi b Hashim, En Nooralam b Osman, En Ahmad Yani b Ghazali, En Mohd Yusoff b Walat, En Mohd Farid b Mohd Fuad Ooi dan En Musa b Ismail.

Pasukan Negeri Pulau Pinang








Pasukan dari BTPN Pulau Mutiara mengutarakan penyertaan bertajuk " Sistem e-Instrumen Pemantauan Makmal Komputer Sekolah (e-Maks)" yang akan dipamerkan oleh Kumpulan "ZeQ".

Pasukan ini diwakili oleh En Salim b Sharif, YM Tengku Zakaria b Tengku Jusoh, En Muhammad Fauzi b Shaari, En Rosli b Hashim, En Ahmad Fauzi b Komari, En Mohd Dazrin b Danial, Pn Nurul Ashikin bt Abdul Rashid, En Adidi Faizal b Awang, En Syafik Asraf b Haris dan En Ahmad Fahmie b Abdullah.

Pasukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur















Mempertaruhkan tajuk inovasi "Green Tech Computing" pasukan BTPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dianggotai oleh Pn Noorayni bt Othman, En Abdul Hamid b Abdullah, Pn Haslizah bt Jibin, En Mohd Fakruddin b Musa, En Zabidi b Ismail, En Abdul Moeis b Shukor, En Mohd Khairizal b Baharuddin, En Khairul Nizam b Hamidun dan En Mohd Salehan bin Ismail.

Pasukan Negeri Sembilan















"PC +, Inovasi Peralatan Yang Rosak dan Terbuang" adalah tajuk bahan inovasi dari pasukan "I-TECH" yang mewakili BTPN Negeri Sembilan.

Anggota pasukan diwakili oleh En Mat Azalan b Budin, En Rahimi b Rahim, En Farizal b Mohd Nasir, En Mohd Shafiq b Abdullah, En Mohamad Zulkamal b Hashim, Pn Noor Aliyah bt Mansor, En Shahrulrizam b Ibrahim, En Mohd Khairi Asri b Hassan, En Mohd Safwan b Roslan, Pn Syelatul Emma bt Mohamad Zahari dan En Khairun Nisa b Abu Zairin.

Pasukan Negeri Melaka







Penyertaan BTPN Negeri Melaka dibawa oleh pasukan "iTCare" menerusi tajuk inovasi "Kelewatan Penyelenggaraan Peralatan ICT Melalui Support Ticketing System (STS) di Sekolah".

Peserta-peserta yang mewakili BTPN Negeri Melaka ialah En Nor Hashim b Hj Hasan, En Syaharum b Abdullah, En Rosidi b Umar, En Kamarul Anuar b Ali, Pn Zanariah bt Ali, En Yusri b Suib dan En Amir b Abdul Rasid.

Pasukan Negeri Johor







Selaku tuan rumah, pasukan BTPN Johor menggalas cabaran dan harapan di bahu pasukan "J-Smart"
yang mengemukakan tajuk inovasi "myABCD: Aplikasi Buku Catatan Digital".

Pasukan ini dianggotai oleh En Mesri b Sanip, En Aziz b Atan, En Zairol Hisham b Abd Hamid, En Abdul Aziz b Hj Said, En Md Zan b Abu Bakar, En Mohd Amir b Jaafar, En Abd Rahman b Md Amin, En Azhari b Suboh, En Mohd Noor Hafiz b Zakaria dan En Noremy b Rasip.


Pasukan Negeri Perak







Negeri Perak diwakili oleh pasukan "SETTLE" iaitu akronim kepada  State Education Technology Electronic Enviroment. Bahan inovasi kumpulan ini yang bakal dipertandingkan bertajuk "Tempoh Pelaksanaan Maklumat Daripada Unit Promosi, Inovasi dan Media Mengambil Masa Yang Panjang".

Pasukan ini diwakili oleh En Shaharuddin b Yusof, En Abd Manaf b Hj Ibrahim, En Ahmat Fuat b Shuib, En Mohd Noor Beg b Abd Ghani, En Muhammad Faisal b Mustapa, En Megat Fuadd Red b Megat Zainuddi, En Megat Mohd Redzuan b Megat Noh, Pn Haslinda bt Jamaludin, En Norihan bt Mat Rashid dan Tn Mohd Nordin b Tn Abdullah.

Friday 16 November 2012

Persembahan, Penilaian dan Pemarkahan KIK

Persembahan 

1. Semua kumpulan dikehendaki bersiap sedia 10 minit lebih awal dari masa yang telah ditetapkan dalam Jadual Persembahan KIK. 

2. Masa 5 minit akan diberikan untuk memasang peralatan oleh kumpulan. 

3. Montaj yang tidak melebihi 3 minit dibenarkan (Markah penalti akan  dikenakan jika melebihi masa tersebut). 


Penilaian dan Pemarkahan 

1. Persembahan setiap kumpulan yang mengambil bahagian di Konvensyen  akan dinilai berdasarkan lapan (8) kriteria seperti yang berikut: 

(i) Pengenalan 

(ii) Pemilihan Projek 

(iii) Penjelasan Projek 

(iv) Penggunaan Kaedah/ Alat Kawalan Kualiti/ Alat Kreativiti 

(v) Tindakan Pembetulan/ Penambahbaikan dan Pelaksanaan yang Kreatif dan Inovatif 

(vi) Pencapaian Hasil Projek 

(vii) Tindakan Penyeragaman 

(viii) Penilaian Kumpulan 

(ix) Persembahan Projek 


2. Setiap kumpulan akan diberikan 20 minit untuk membuat persembahan. Loceng permulaan akan dibunyikan bila 18 minit dan loceng kedua setelah 20 minit. 

3. Markah tidak akan diberikan selepas tempoh 20 minit berakhir. 

4. Sesi soal jawab oleh Panel Penilai adalah selama 10 minit. 

5. Keputusan Panel Penilai adalah muktamad.

Syarat-syarat Pertandingan KIK

Syarat-syarat Pertandingan:

1. Penyertaan adalah dibuka kepada semua Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dari semua Sektor BTP dan BTPN . 

2. Kumpulan yang mengambil bahagian adalah merupakan kumpulan yang telah mempersembahkan projek mereka kepada pihak pengurusan di Sektor / Jabatan masing-masing. 

3. Pencalonan menyertai Konvensyen hendaklah dikemukakan melalui Sektor / Bahagian masing-masing kepada Urus Setia Konvensyen KIK. 

4. Bilangan maksima ahli-ahli bagi setiap KIK yang mengambil bahagian di dalam Konvensyen KIK KPKT 2010 dihadkan kepada 10 orang termasuk ketua kumpulan. 

5. Urus Setia berhak menolak penyertaan dari mana-mana kumpulan KIK yang tidak layak berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Keputusan pemilihan kumpulan-kumpulan untuk menyertai Konvensyen oleh Urus Setia adalah muktamad. 

6. Keputusan Panel Penilai Konvensyen KIK BTPN 2012 terhadap penilaian projek kumpulan adalah muktamad.

Tujuan dan Objektif Program KIK

TUJUAN 
Melaksanakan Program Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) di jabatan / agensi  masing-masing

OBJEKTIF
Objektif KIK adalah untuk menambahbaik dan meningkatkan kualiti dan  produktiviti kerja khususnya dalam sistem penyampaian perkhidmatan pelanggan melalui:

  • Keupayaan mencipta cara bekerja baru atau menghasilkan inovasi 
  • Kebolehan menyelesaikan masalah atau membuat penambahbaikan kerja 
  • Semangat bekerja secara berpasukan 
  • Penyemaian dan penerapan nilai serta etika kerja positif 
  • Penglibatan dan peningkatan komitmen terhadap kerja 
  • Dorongan kerja yang tinggi 
  • Kesedaran mengenai tanggungjawab terhadap diri sendiri, kumpulan, organisasi dan Negara.
  • Penggalakan penghasilan idea-idea yang inovatif dan kreatif 
  • Pengwujudan hubungan yang harmoni di antara pihak pengurusan dan pekerja

Jadual Konvensyen KIK BTP KPM 2012


Dipaparkan jadual rasmi Konvensyen KIK BTP KPM 2012 sebagai panduan para peserta, delegasi dan penonton.

Pegawai Pengurusan Peserta Konvensyen KIK BTP KPM 2012

Pegawai-pegawai BTPN Johor yang boleh dihubungi untuk pengurusan peserta konvensyen:

1.   En. Azizan bin A. Razak (Urus setia) : 012-7729311

2.   Tn. Sayid Hassan bin Sayid Jafar (Pengangkutan) : 012-7005627

3.   Pn. Helen Song (Penginapan Hotel) 017-7775222

4.   Datin Nor’ain binti Abdullah (Penginapan Asrama BTPN Johor) :  012-7146862

5.   Pn. Mardiana binti Maskim @ Abdullah (Asrama BTPN Johor) : 017-6294732

6.   En. Mohd Arif bin Ibrahim (Pemandu) : 019-7950969

16 Pasukan Mengesahkan Penyertaan Dalam Konvensyen KIK BTP KPM 2012



Sebanyak 16 buah pasukan mempersembahkan 16 bahan inovasi dan kreatif masing-masing mewakili kesemua Bahagian Teknologi Pendiikan Negeri serta Wilayah Persekutuan dan penyertaan istimewa dari Bahagian Teknologi Pendidikan KPM. 

Konvensyen yang julung-julung kali diadakan di Johor ini akan membuka gelanggang pada hari Isnin, 19 November 2012 jam 8.00 malam.bertempat di Ballroom Hotel New York, Johor Bahru. Saingan sengit yang dijangkakan akan merancakkan lagi kehangatan konvensyen kali ini.

Thursday 15 November 2012

Pasukan Negeri Sabah








Pasukan yang  dinamakan "BTPN Sabah" mewakili Bahagian Teknologi Negeri Sabah menghasilkan inovasi bertajuk "Digital Story Telling (DST)".

Pasukan ini diwakili oleh En Muliyan b Doto, En Salleh b Linggam, En Azmy b Hj Ahmad, En Chua Guan Chee, En Bonis b Malisin@Mustafa, En Jibran@Mohd Azlan b. Umpai, En Jally b. Losod, En Rusmawati bt Husin, Pn Fransica Sylvester dan Pn Nooriah bt Salim.

Pasukan Negeri Selangor



Pasukan dari Negeri Selangor menghantar penyertaan bertajuk "SeMoS" (School Emel Management Of Selangor) diwakili oleh kumpulan yang dinamakan "BbrainsS".


Peserta-peserta yang mewakili Negeri Selangor ialah Pn Nik Asma bt Nik Ahmad, Pn Rusita bt Sahari, En Misnan b Maswan, Pn Nur Syariza bt Zainal Abidin, En Abd Wahi b Wahid, En Munir b Mat Yaub, En. Muhammad Hanif b Harun, En Muhamad Sharulnizam b Latif, En Mohd Jayadi b Mohamed Jalil dan Pn Norkhalida b Abd Hadi.

Pelan Lantai Konvensyen KIK di Hotel New York, Johor Bahru

 
Pelan lantai semasa Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif di Hotel New York pada 19 hingga 21 November 2012.

Pasukan BTPN Sarawak







Tajuk inovasi yang membawa cabaran dari Bumi Kenyalang ialah "i-REG" dan diwakili oleh pasukan yang diberi nama "Kenyalang".

Peserta-peserta dari pasukan "Kenyalang" ialah En Horald Unsie Liban, En Ubok Linggoh, En Mohd Meeraj b Abd Rahman, En Ismail b Wasli, Agnesis Cany Kuma, Wan Noorhafizan bt Mohd Zain, En Peter Boniface Chandan, En Nazrul Hisham b Saim dan En Kenneth Armold Julong.

Pasukan BTPN Pahang




Pasukan KIK Negeri Pahang menamakan kumpulan KIK yang mewakilinya sebagai "SPAI-Team" membawa cabaran dengan tajuk inovasi "Sistem Pengurusan Aset ICT (SPAI)".

Pasukan negeri Pahang diwakili oleh Hj Jonaidi b. Osman, Hjh Norizan bt Hj Ismail, En Mohd Nordin b. Yusof, Tn Hj Kamaruzaman b, Ismail, Tn Hj. BAdaluddin b. Jusoh, En Rashdan b. Hj Ashaary, Tn Hj Abdullah b. Abd Karim, Tn Hj Abdul Mua'ais b Hj Lokman, En Mohamad Nasir b Mat Tahir dan En Lokman b. Alias.

Pasukan BTPN Terengganu
















Pasukan "My ISO" mewakili BTPN Negeri Terengganu mempertaruhkan inovasi bertajuk "i-Nilai (Sistem Maklumbalas Kursus).

Dianggotai oleh En Yusma Yusof, Tn Hj Wan Mohd Zuhaidi b Wan Hassan, En Azmi Senik, Pn Noraihan bt Mohamed, En Azmi b Isa, Pn Syuhairah bt Mohamed Sani, En Imran b Mat Ali, En El Gamillo b Habibun Tan, En Amir bin Hamzah dan En Tarmizi b Che Min.

Tuesday 13 November 2012

Peta Lokasi Ke Hotel New York, Johor Bahru


Peta lokasi ke Hotel New York, Johor Bahru venue Konvensyen KIK BTP KPM pada 19-21 November 2012.

Hotel New York Johor Bahru : Lokasi Konvensyen KIK BTP KPM 2012

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif BTP KPM bakal berlangsung  di  Hotel New York, Johor Bahru, Johor pada 19 hingga 21 November 2012.




Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif BTP KPM 2012

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia akan diadakan pada 19 hingga 21 November 2012 bertempat di Hotel New York, Johor Bahru. Ini adalah kali pertama konvensyen seumpamanya diadakan dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor telah diberi penghormatan selaku tuan rumah bagi penganjuran kali ini.